top of page

Senarai makanan jalanan yang terkenal di Asia Tenggara

1) Vietnam

Berasal dari China, pho tiu merupakan sejenis hidangan yang berunsurkan mi yang menepati citarasa masyarakat Vietnam-manis, masam, masin dan pedas. Dilengkapi dengan kandungan mi yang segar, daging khinzir, kacang tanah, ianya pasti memikat para pelanggan ketika siap untuk dihidangkan di atas meja.

2) Thailand

Som tam atau selada pepaya mentah adalah selada berbumbu agak pedas yang terbuat dari irisan tipis pepaya mentah. Hidangan ini dipercaya berasal dari Laos, akan tetapi dipopularkan oleh Thailand, dan lazimnya disajikan di daratan Asia Tenggara. Bahan-bahan tambahan bagi membuat som tam seperti cili, bawang putih, limau, kacang panjang serta pelbagai lagi mengikut cita rasa. Sebagai tambahan, hidangan ini biasanya disajikan dengan sayuran segar bagi mengurangkan rasa pedas yang terdapat dalam som tam.

3) Laos

Khao poon didapati di seluruh negara. Kadang-kadang ia digambarkan sebagai "Lao laksa" kerana ia mempunyai ikan berperisa sup kari kelapa yang sama. Dalam versi Lao, ikan ditumbuk serta direbus dengan daun limau purut, lengkuas, santan dan daging khinzir goreng dengan cili bagi mewujudkan sup wangi dan lazat.

4) Cambodia/Kemboja

Makanan yang kebanyakan terdapat di Kemboja biasanya disediakan dengan prahok, perasa ikan bagi menaikkan rasa yang unik kepada kari dan nasi. Amok, sejenis kari yang terkenal di negara ini yang selalunya disediakan dengan ikan, turut dipelbagaikan dengan ayam. Daging ayam atau ikan akan disediakan bersama dengan daun pisang yang telah digaulkan dengan pelbagai rempah bagi menambah kelazatan hidangan tersebut.

5) Singapura

Berstatus negara kecil bukanlah sesuatu yang menakjubkan bagi Singapura. Akan tetapi, negara ini juga turut mempunyai masakan serta hidangan mereka tersendiri yang pastinya dapat menarik perhatian pelancong. Singapura turut terkenal dengan Laksa SIngapura yang menjadi buah mulut para pelancong yang pernah menikmatinya.

Featured Posts
Recent Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page