Haiwan yang sesuai dijadikan peliharaan
IKAN
Sebagai permulaan, membela ikan sebagai haiwan peliharaan adalah sesuai untuk semua golongan samada dari golongan kecil hingga dewasa. Membela ikan sebagai contoh, mudah untuk dijaga serta mencantikkan lagi suasana serta pemandangan sekitar rumah.
BURUNG
Burung boleh menjadi haiwan yang sangat baik. Tetapi memiliki burung adalah lebih mencabar daripada menjaga ikan. Sesetengah burung juga sangat pintar. Yang lain adalah sangat sosial. Semua burung memerlukan perhatian hampir setiap hari.Burung bayan agak murah boleh menjadi permulaan yang baik untuk kanak-kanak yang tidak pernah membela burung sebelum ini.Burung yang lebih mahal (dan lebih pintar) seperti burung kakak tua juga boleh dijadikan haiwan kesayangan yang hebat, tetapi mereka memerlukan perhatian yang lebih daripada burung bayan atau kenari.
TIKUS (RODENTS)
Jangan salah sangka, tikus yang dimaksudkan bukanlah tikus perosak seperti yang banyak kelihatan di rumah anda.Tikus yang dimaksudkan adalah dari keluarga mamalia kecil seperti hamster, tikus belanda serta gerbil. Haiwan-haiwan ini juga agak mudah untuk dipelihara serta memerlukan perhatian yang tinggi dari tuannya. Kebanyakan tikus ini akan hidup di dalam ruang tamu yang agak kecil, dan memerlukan penjagaan yang agak asas seperti makanan,tempat tinggal serta pasangan. Tikus-tikus ini juga akan mesra terhadap tuannya jika dilayan dengan baik dan teliti.
KUCING
Kucing, seperti yang diketahui umum antara haiwan yang sesuai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Tidak kira samada anak-anak kucing mahupun kucing dewasa, ia amat mudah untuk diurus serta didapati di mana-mana tempat. Untuk perbandingan, kucing lebih sesuai untuk dimiliki jika rumah anda bersaiz kecil atau sederhana berbanding anjing. Antara jenis kucing yang disarankan adalah
Abyssinian (dianggap mesra dan pandai bergaul)
Shorthair Amerika (mudah bergaul)
Burma (penyayang dan lembut)
Birman (lembut)
Dan lain-lain
ANJING
Seperti kucing, anjing juga terkenal sebagai antara haiwan yang banyak dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Anjing mudah untuk dijaga, diuruskan serta patuh kepada anda. Terdapat beberapa jenis atau baka yang sesuai dijadikan anjing peliharaan antanya
Labradors
Pugs
Cocker spaniels
Australian sheep dogs