top of page

Senarai kerja yang menjijikkan di dunia

URINE FARMER (PENGUSAHA AIR KENCING)

Para pengusaha air kencing biasanya mengumpul air kencing dari binatang kebiasaanya rusa. Pertama sekali, selepas mendapatkan sebilangan rusa, mereka akan meletakkan rusa-rusa tersebut didalam sebuah bilik yang mempunyai ruang untuk rusa “kencing” sebelum air kencing tersebut dikumpulkan pada keesokan harinya. Kemudian para pengusaha akan membotolkannya sebelum disejukkan didalam peti ais sebelum dijual Anda pasti tertanya siapakah yang gila untuk membelinya, maka anda silap. Sebenarnya ia amat dicari oleh para pemburu untuk memburu hasil buruan mereka (rusa) yang berperanan bagi menarik perhatian rusa lain. Secara purata, hasil kerja sebagai ‘urine farmer’, mereka beroleh pendapatan purata sekitar $80,000 (RM 357800.00) setahun.

EMBALMER

Kerja sebagai embalmer memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. Kerana apa? Tugas para embalmer adalah dengan mengeringkan darah mayat yang telah meninggal dunia lalu disuntik dengan cecair embalming (embalming fluid) bagi tujuan untuk tidak merosakkan mayat dalam jangka masa yang lama. Kemudian, mayat yang telah selesai proses pengeringan darah dan disuntik dengan cecair embalmer akan dihias dan disarungkan pakaian. Cara sebegini banyak digunakan di negara-negara barat. Menariknya, pendapatan tahunan bagi embalmer adalah sekitar $55,000 (RM 246152.50) dan mempunyai permintaan tinggi terhadap kerja ini.

SEWER INSPEKTOR (INSPEKTOR PEMBETUNG)

Kerja sebagai ‘sewer inspektor’ merupakan kerja yang sangat menguji tahap kesabaran mental dan fizikal anda. Bayangkan, selain terpaksa berhadapan dengan bau yang cukup memualkan, anda terpaksa berhadapan berdepan dengan tikus, serangga, lipas, najis-najis manusia serta pelbagai haiwan perosak yang lain. Akan tetapi, pekerjaan sewer inspector antara yang mempunyai permintaan yang stabil bukan kerana diminati ramai, tetapi disebabkan mempunyai purata gaji yang agak lumayan dan stabil.

COAL MINER (PELOMBONG ARANG)

Selain pengusaha air kencing dan inspektor pembetung, pelombong arang boleh dikategorikan sebagai pekerjaan yang menjijikkan. Selain menjijikkan, pelombong arang amat terdedah kepada pelbagai risiko bahaya yang memudaratkan kesihatan mereka. Antara risiko yang bakal dihadapi adalah terdedah kepada metana (sejenis racun berbahaya apabila dihidu) serta letupan yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Walaupun terdedah kepada bahaya, wang masih wang. Menurut statistik di West Virginia,USA, purata gaji tahunan bagi pelombong arang adalah sebanyak $64,000 (RM 286464.00)

Featured Posts
Recent Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page